Friday, February 18, 2011

23 SEKOLAH LAGI DIIKTIRAF SBT 2011

23 SEKOLAH LAGI DIIKTIRAF SBT 2011

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan nama 23 sekolah lagi yang diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) selepas ia didapati memenuhi kriteria yang diperlukan.

Beliau membuat pengumuman nama-nama sekolah itu semasa melawat Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai, kira-kira 55 kilometer dari sini, yang juga salah satu daripada sekolah yang tersenarai di bawah pengiktirafan itu.

23 Sekolah Berprestasi Tinggi adalah terdiri daripada:
1. Sekolah Menengah Imtiaz, Terengganu
2. Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat, Selangor
3. Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Perak;
4. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak, Selangor;
5. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu, Kedah
6. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Pekan, Pahang;
7. Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur
8. Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kelantan
9. Sekolah Menengah Sains Miri, Sarawak
10. Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur
11. Sekolah Menengah Sains Selangor, Kuala Lumpur
12. Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Pahang
13. Sekolah Menengah Sains Muar, Johor
14. Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai, Sarawak
15. SK Convent Muar, Johor
16. SK Seri Biram, Pahang
17. SK Sultan Ahmad Tajuddin, Kedah;
18. SK Setiawangsa, Kuala Lumpur
19. SK (Perempuan) Methodist Kuantan, Pahang
20. SK Sultan Ismail, Terengganu
21. SK Jalan Tiga, Selangor
22. SJK(C) Perempuan China, Pulau Pinang
23. SJK(C) Lick Hung, Selangor

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, tahun lalu 20 sekolah diumum sebagai SBT.

Berhubung pencapaian SK Ulu Lubai, Muhyiddin berkata, sekolah ini menunjukkan pencapaian akademik yang cemerlang sejak 2006 dengan memperolehi kelulusan 100 peratus dalam UPSR.

Katanya, sekolah itu mengambil pelbagai inisiatif yang cukup luarbiasa sehingga membolehkan ia menjadi sekolah pedalaman pertama mendapat pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi.

Beliau berkata, sekolah itu juga pernah memenangi dua anugerah di peringkat antarabangsa, lima anugerah peringkat kebangsaan dan 14 peringkat negeri.

Tuesday, February 1, 2011

Sekalung Tahniah....

Aku dianugerakan GURU UNGGUL EXXON MOBIL,PADA 26/1/2011.

TERIMA KASIH KEPADA;EXXON MOBIL MALAYSIA,JABATAN PENDIDIKAN TERENGGANU,PPD BESUT,SK BUKIT TEMPURONG.


Thursday, January 27, 2011

Sekalung Tahniah....

Friday, January 21, 2011

Koleksi 2011

Friday, January 14, 2011

ABANG AZIM KE SBP SM SAINS MACHANG.



PADA 5/1/2011 KAMI SEKELUARGA KE SM SAINS MACHANG,MENGHANTAR PUTERA SULUNG YANG MENDAPAT TAWARAN BELAJAR DI SMACH.SELAMAT BELAJAR ,ABANG...JADIKAN SMACH PELUANG UNTUK MERAIH KEJAYAAN...JIKA ORG LAIN,KENAPA KITA TIDAK BOLEH...ABANG MEMANG HEBAT..

Friday, December 10, 2010

MAKAN ANGIN 2010


MAKAN ANGIN INI SEBENARNYA NAK MERAIKAN ABANG AZIM YANG MENDAPAT 5A DALAM PEPERIKSAAN UPSR/2010.

DEKAT AJE KAT KUALA TERENGGANU.....JANJI ADA KOLAM...........MEMANG AKAN SERONOKLAH PUTERA-PUTERIKU...

Wednesday, January 20, 2010

Wajah terkini putera-puteriku


Wajah terkini putera-puteriku...
1.MUHAMAD AZIM(14.02.1998)
2.NURUL AZIANI(4.5.2000)
3.MUHAMMAD AZWAN HAFIZ(6.7.2001)
4.NURUL AZZAHRA AQILA(11.08.2005)
5.NURUL AZIANA(12.12.007)
6.NURUL AZIATI(8.6.2009)

Sumbang Fail anda...

Penafian

PENAFIAN:Admin Blogger tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.Copyright © 2008 . All rights reserved